Hidayah Syarifudin

Blog

5 Panduan Membeli Rumah Pertama di Malaysia

Membeli rumah pertama adalah satu langkah besar dalam hidup, tetapi ia juga boleh menjadi satu cabaran jika tidak dilakukan dengan betul. Sebagai pembeli rumah kali pertama, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, dari menentukan bajet, memilih lokasi, hingga memahami proses pinjaman dan kos yang terlibat. Dengan pasaran hartanah Malaysia yang dinamik, membuat keputusan yang bijak sangat penting untuk memastikan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Dengan itu artikel ini akan memberi 5 panduan untuk membantu anda untuk membeli rumah pertama anda di malaysia.

1. Tentukan Tujuan Beli Rumah –

    Adakah anda nak duduk sendiri, sewakan, atau buat pelaburan jangka panjang? Tujuan ini akan menentukan jenis rumah, lokasi, dan bajet yang sesuai. Jika anda membeli untuk didiami, keutamaan anda mungkin akan lebih kepada kesejahteraan dan kemudahan, seperti kedekatan dengan tempat kerja, sekolah, dan kemudahan awam. Mengenal pasti tujuan pembelian rumah adalah langkah pertama yang penting untuk memandu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan pembaziran wan

    2. Kira Kemampuan Kewangan Anda –

    Gunakan formula mudah: Komitmen bulanan ≤ 30%-40% dari gaji bersih. formula ini membantu anda menentukan kemampuan kewangan untuk membeli rumah berdasarkan pendapatan bulanan. dengan menggunakan formula ini, anda dapat menilai seberapa banyak komitmen kewangan yang mampu ditanggung tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup. Kerana anda perlu mempertimbangkan.  Komitmen hutang sedia ada seperti, pinjaman peribadi, kad kredit,atau pinjaman kenderaan selain itu bayaran KWSP juga harus dikira. Jika jumlah komitmen bulanan melebihi 40% jangan membuat pembelian rumah dahulu.

    3. Pilih Lokasi Yang Strategik & Sesuai –

    Kolasi yang sesui seperti mempunyai Kemudahan sekitar seperti pasar dan hospital kerana, Kemudahan yang terletak di sekitar rumah akan memberi impak yang besar terhadap keselesaan hidup harian anda. Berikut adalah beberapa kemudahan penting yang perlu dipertimbangkan. Pasar atau kedai runcit yang berdekatan memudahkan anda untuk mendapatkan barang keperluan harian tanpa perlu menghabiskan banyak masa untuk pergi jauh.selain itu Keberadaan hospital berdekatan memberi ketenangan fikiran, terutamanya jika ada ahli keluarga yang memerlukan rawatan perubatan.

    4. Ambil Tahu Kos Tambahan Yang Terlibat

    Kos-kos yang boleh terlibat seperti Yuran guaman, Deposit 10% dan Valuation fee. Apabila membeli rumah, terdapat beberapa kos tambahan yang perlu dipertimbangkan selain daripada harga rumah itu sendiri. Antara kos utama termasuk yuran guaman, yang dikenakan untuk menyediakan dokumen undang-undang seperti Perjanjian Jual Beli dan pinjaman, serta deposit 10%, yang dibayar pada peringkat awal sebagai komitmen untuk membeli hartanah. Valuation fee pula dikenakan oleh penilai untuk menilai nilai hartanah dan sebagai asas kelulusan pinjaman perumahan. Selain itu, pembeli juga perlu membayar duti setem ke atas Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman, yang biasanya antara 2% hingga 3% daripada harga hartanah. Bagi mereka yang membeli menggunakan pinjaman, insurans pinjaman (MRTA/MRTT) dan insurans harta juga mungkin diperlukan sebagai perlindungan. Kesemua kos ini, bersama dengan kos lain seperti kos penyelenggaraan untuk rumah strata, perlu diambil kira dalam merancang kewangan agar pembelian rumah dapat dilakukan dengan lancar tanpa menghadapi masalah kewangan yang tidak dijangka.

    5. Bandingkan Jenis Hartanah (Subsale vs Baru)

    Perkara ini penting kerana perbezaan antara subsale and baru, subsale adalah rumah yang Siap sedia pindah, tapi perlukan deposit dan kos guaman lebih tinggi.
    Pilih ikut bajet & keperluan. Manakala baru pula daripada promosi pemaju dan ambil masa siap. Memilih antara kedua-duanya hendaklah diselaraskan dengan kemampuan kewangan dan keperluan peribadi agar pelaburan dalam hartanah dapat memberikan manfaat jangka panjang yang optimum.

    Membeli rumah pertama adalah langkah besar dalam hidup dan memerlukan pertimbangan yang teliti. Dari memahami tujuan pembelian, mengira kemampuan kewangan, memilih lokasi yang strategik, hingga menilai kos-kos tambahan, setiap aspek memainkan peranan penting dalam memastikan pembelian yang bijak dan menguntungkan. Sama ada anda memilih rumah subsale atau baru, pastikan ia sesuai dengan bajet dan keperluan jangka panjang anda.

    Saya harap dari artikel ini, dapat membantu anda untuk membeli rumah Baharu.

    Kongsikan artikel ini

    Reset password

    Enter your email address and we will send you a link to change your password.

    Scroll to Top